Pernah makan buah delima ?

Banyak penyelidikan telah dibuat ke atas buah ini.

Buah delima atau nama saintifiknya Punica Granatum sedap dimakan. Jus delima juga dijual dalam botol. Buah ini berasal dari Iran.

Rahman Baco, ahli farmasi berpengalaman menulis bahawa delima merupakan sumber potasium baik untuk tekanan darah, jantung dan buah pinggang.

Kajian terbaharu juga mendapati, jika kita minum sedikit jus delima setiap hari , ia meningkatkan kesihatan jantung. Buah ini juga dikatakan dapat mengurangkan tahap kolestol.

Allah SWT mengurniakan buah delima untuk dinikmati dan dijadikan penawar. Namanya disebut tiga kali dalam al-Quran. Dalam surah al-An’am, ayat 99 dan 141 dan surah al-Rahman, ayat 68. Al-Quran menerangkan bahawa buah delima mengandungi khasiat dan manfaat tersendiri.

Delima juga boleh menurunkan paras kolesterol darah, mencegah dan mengubati barah, merencatkan barah para-paru dan prostat, mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer.

Marilah kita hebahkan kebaikan buah syurga ini kepada orang sekeliling. Semoga kita mendapat manfaat daripada keistimewaan buah Delima.

Image by Edeni Mendes da Rocha Teka from Pixabay

.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *